Quote

di sini saya menulis kisah cinta antara Phantom dan Alma (MAR Heaven). saya tidak menulis berdasarkan kisah cinta mereka yang sebenar. saya hanya menzahirkan apa yang saya mahukan dalam kisah cinta mereka. ini hanya rekaan semata-mata. saya juga terpaksa menggunakan gambar Chii (Chobits) dan bukannya Alma yang sebenar kerana kesukaran mendapatkan gambar Alma :)

Saturday, 14 May 2011

Prolog

Pemandangan malam di luar istana diperhatikannya lama. Suatu keluhan dihembus keluar. Ada sesuatu yang sedang menggangu fikirannya kini. Bunyi ketukan di pintu tidak mengalih tumpuannya. Kedengaran pula daun pintu dikuak. Seorang lelaki yang memakai jubah hitam serta sebuah topi runcing memasuki ruangan itu.

          " Tuanku," sapa lelaki itu hormat. Lelaki itu berkalih pandang. Matanya yang berada di sebalik sebuah topeng yang berukir indah jatuh pada lelaki berjubah hitam itu. 

          " Kau dah jumpa dia, Peta?" tanya lelaki itu tanpa berdolak-dalih. Lelaki berjubah yang dipanggil Peta itu tersenyum lantas mengangguk.


          " Sudah, tuanku."

          Perkhabaran itu tidak mampu menarik senyum pada wajah bertopeng itu. Dia mengangguk sekilas, lantas kembali merenung ke luar tingkap. Peta memberi tunduk hormat seraya keluar dari ruangan itu. 

          Lelaki bertopeng itu mengeluh lagi. Topengnya dibawa ke sebelah kiri. 

          " Alma..." 

          

No comments:

Post a Comment

feel free to drop a comment :)